9 Jenis Pernikahan Yang Diharamkan Dalam Islam
umirrasahad

SEKIAN lama menjalinkan hubungan cinta, dah tentulah kita mengharapkan hubungan itu berakhir dengan pernikahan.

Tetapi sejauh manakah kita tahu tentang pernikahan yang diharamkan dalam Islam? Adakah hubungan yang cuba kita bina itu juga tergolong dalam jenis-jenis pernikahan ini?

1. Nikah Syighar


Image result for keluarga 69 p.ramlee
Kredit foto: mubi.com

Nikah syighar maksudnya membuat perjanjian lain sebelum pernikahan itu. Sebagai contoh, Ahmad mengahwinkan anak perempuannya dengan Ali tetapi dengan syarat, anak perempuan Ali pula perlu dikahwinkan dengan Ahmad.

Pernikahan seperti ini meletakkan paksaan ke atas wanita untuk bernikah dengan seseorang yang dia tidak suka, ianya dikira sebagai menzalimi kaum wanita.

2. Nikah Tahlil


Image result for kuch kuch hota hai anjali married scene
Kredit foto.dnaindia.com

Bahasa mudahnya cina buta. Apabila seorang suami menceraikan isterinya dengan talak tiga, dia dilarang menikahi kembali bekas isterinya sehinggalah wanita itu menikahi lelaki lain, menjalani hidup sebagai isteri lelaki itu namun akhirnya bercerai atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Setelah diceraikan barulah wanita itu boleh bernikah semula dengan suami lamanya.

Sebagai contoh, Ahmad bercerai talak tiga dengan Ana. Ahmad yang menyesali tindakannya itu kemudian meminta Ali menikahi Ana selama sebulan kemudian menceraikannya, supaya Ahmad boleh bernikah semula dengan Ana. Inilah yang digelar nikah tahlil dan dilarang dalam Islam.

3. Nikah Mut’ah


Image result for kdrama full house
Kredit foto: kdramalove.com

Nikah mut’ah ialah kahwin kontrak. Drama-drama Melayu sering popularkan nikah mut’ah ini. Nikah mut’ah terjadi apabila satu perjanjian atau kontrak dibuat untuk berkahwin dalam tempoh tertentu, sehari, seminggu, sebulan dan sebagainya.

Tindakan ini seperti mempermainkan hukum agama dan kesucian rumah tangga yang dijunjung dalam Islam.

4. Nikah Wanita Masih Dalam Iddah



Bagi wanita yang baru bercerai atau kematian suami, dia perlu menjalani tempoh iddah sebelum boleh menikahi lelaki lain. Tempoh iddah berbeza, bergantung kepada keadaan wanita itu ketika berpisah dengan suaminya.

5. Nikah Dengan Bukan Islam



Tidak dibenarkan sama sekali untuk seorang Muslim bernikah dengan seorang bukan Muslim. Hal ini terjadi kerana ada berlaku di sesetengah negara yang membenarkan seorang Muslim bernikah dengan bukan Muslim. Walaupun ianya mungkin sah dari segi undang-undang negara tersebut, ia tetap tidak dilarang dan tidak sah menurut agama.

6. Nikah Dengan Saudara Sama Ibu Susuan



Pernikahan ini tidak sah kerana apabila berkongsi ibu susuan yang sama, maka mereka sudah menjadi mahram. Sebagai contoh, Ana memberikan susu badannya kepada anak sahabatnya, Sofea, sehingga kenyang sebanyak 5 kali berasingan (mengikut hukum Majlis Fatwa, 4 kali kenyang berasingan).

Maka haram untuk anak Ana dan anak Sofea berkahwin kerana berkongsi ibu susuan yang sama.

7. Nikah Dengan Individu Senasab



Nasab atau hubungan kekeluargaan membataskan pernikahan jika ianya wujud. Rasanya kita sudah jelas tentang siapa nasab, namun perlu diingatkan yang serupa dengan isu ibu susuan seperti di atas, ibu susuan seorang lelaki adalah haram untuk dinikahinya.

8. Nikah Dengan Gigolo/Pelacur


Image result for nur tv3
Kredit foto: murai.my

Pernikahan antara seorang individu dengan individu lain yang diketahui melakukan pekerjaan haram sebagai gigolo atau pelacur adalah haram kerana pernikahan itu membenarkan zina dan ditakuti tidak diketahui siapa ayah kepada anak yang lahir, jika si pelacur itu mengandung. Walaupun begitu, jika berlaku pernikahan antara seorang individu dengan seorang pelacur yang telah pun insaf dan berjanji untuk tidak melakukan perbuatan terkutuk itu lagi, pernikahan itu dibenarkan.

9. Nikah Lebih Daripada 4 Wanita


Image result for madu tiga p.ramlee
Kredit foto: mubi.com

Poligami hanya membenarkan seorang lelaki Muslim mengahwini 4 orang wanita secara serentak. Jika lelaki tersebut ingin mengahwini seorang lagi isteri, dia perlu menceraikan salah seorang isterinya. Ini berdasarkan kisah Ghailan bin Salamah yang mempunyai 10 orang isteri dan ingin kembali kepada Islam dan Rasulullah memerintahkan dia memilih 4 orang isteri untuk diteruskan pernikahan mereka.

Sumber: iluminasi.com

Artikel Berkaitan

Macam Mana Nak Tolak Pinangan Dengan Cara Baik?

Tolak dengan cara baik tau

24 days ago
aisyahbadrull
Isteri Boleh Mohon Cerai Terhadap 9 Jenis Golongan Suami Ini

Jangan terperangkap dalam rumah tangga yang tid...

24 days ago
umirrasahad
Awas! 5 Perkara Yang Membatalkan Perkahwinan!

Semoga anda tidak tergolong dalam 5 perkara ini...

a month ago
umirrasahad
Perlu Ke Undang Bekas Kekasih Ke Majlis Perkahwinan Kita?

Nak jemput ke tak ye?

24 days ago
aisyahbadrull
Buat Dekat McD Je! Bridal Shower Farah Nabilah Cukup Meriah

Meriahnya bridal shower Farah Nabilah!

23 days ago
aisyahbadrull