Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi
aisyahbadrull

HUBUNGAN asmara di antara pelakon jelita Zendaya dan Jacob Elordi nampaknya tidak dapat disembunyikan lagi. Apa yang lebih mengejutkan, kedua pelakon Euphoria ini dilihat berjalan mesra dan berciuman di khalayak umum!

Apa sebenarnya hubungan di antara Zendaya dan Jacob Elordi? Baca fakta tentang mereka di bawah ini.

Bertemu di lokasi penggambaran Euphoria

Terkena Cinlok, Ini 5 Fakta Hubungan Cinta Zendaya dan Jacob Elordi
Kredit foto: Seventeen

Zendaya merupakan pelakon yang pernah membintangi beberapa filem hebat seperti The Greatest Showman dan The Spider-Man: Homecoming. Manakala Jacob pula merupakan pelakon yang berasal daripada Australia dan pernah membintangi siri Netflix The Kissing Booth.

Kedua pasangan ini bertemu di lokasi penggambaran siri Euphoria di mana Zendaya dan Jacob memegang watak utama. Menerusi drama siri tersebut, Zendaya berjaya merangkul anugerah di People’s Choice Awards.

Mula dikhabarkan bercinta pada pertengahan tahun 2019

Terkena Cinlok, Ini 5 Fakta Hubungan Cinta Zendaya dan Jacob Elordi
Kredit foto: Seventeen

Khabar tentang percintaan mereka mula menjadi tular apabila seorang peminat melihat mereka sedang bercuti dan bermesraan di sebuah pulau. Foto kemesraan mereka telah diambil dan hal ini menguatkan lagi spekulasi tentang perhubungan mereka.

Mengakui hanya sekadar teman rapat

Terkena Cinlok, Ini 5 Fakta Hubungan Cinta Zendaya dan Jacob Elordi
Kredit foto: Seventeen

Namun khabar ini dinafikan oleh Zendaya sendiri dan dia menegaskan bahawa dia dan Jacob hanya sekadar teman sahaja. Tambahan lagi, sewaktu Jacob memenangi anugerah American Australian Association Arts Awards baru-baru ini, Zendaya hanya menyebut Jacob sebagai rakan rapatnya.

Jacob pula memberitahu kepada majalah GQ Australia bahawa hubungannya bersama Zendaya hanya sebagai abang dan adik sahaja.

Meraikan hari Thanksgiving bersama keluarga Jacob

Terkena Cinlok, Ini 5 Fakta Hubungan Cinta Zendaya dan Jacob Elordi
Kredit foto: Seventeen

Tidak hanya “terkantoi” bermesraan di khalayak ramai, Zendaya juga dilihat merayakan hari Thanksgiving bersama keluarga Jacob di kampung halamannya di Australia. Wah, kalau dah meraikan perayaan bersama keluarga, takkan lah tiada apa hubungan istimewa kan?

Bermesraan di New York

Image result for zendaya dan jacob
Kredit foto: Seventeen

Baru-baru ini, foto kemesraan Zendaya dan Jacob di New York berjaya diambil oleh paparazi disana. Mereka dilihat berjalan bermesraan dan saling berciuman di khalayak umum!

Nampaknya Zendaya dan Jacob benar-benar sedang bercinta. Menurut sumber sebuah portal antarabangsa, hubungan Zendaya dan Jacob memang hanya sekadar rakan pada awalnya namun mereka semakin intim dan mesra selepas penggambaran Euphoria selesai. Sebenarnya pasangan ini sudah beberapa bulan menjalinkan cinta namun mereka memilih untuk merahsiakan perhubungan mereka daripada diketahui orang ramai.

Kredit foto: E! news

Artikel Berkaitan

Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

2 months ago
umirrasahad
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

2 months ago
aisyahbadrull
Rakaman Suara Bukti Amber Heard Mengaku ‘Memukul’ Johnny Depp!

Johnny Depp akhirnya bersuara.

2 months ago
umirrasahad
Momen Manis Brad Pitt Dan Jennifer Aniston di SAG Awards 2020

Adakah mereka akan kembali bersama?

2 months ago
aisyahbadrull
Foto- Foto Kenangan Kobe Bryant Bersama Isteri Dan Cahaya Matanya

Rest in peace, Kobe dan Gianna

2 months ago
aisyahbadrull