Media Sosial Punca Hilang Ghairah Seks Suami Isteri? Ini Alasannya!
aisyahbadrull

MEDIA sosial sememangnya menjadi medium terpenting untuk berinteraksi sesama manusia pada abad ini. Jika digunakan dengan tujuan yang baik, media sosial mampu memberikan impak yang positif di dalam hidup kita seperti, mengeratkan silaturahim dan berkongsi segala ilmu dan informasi dengan mudah.

Tidak hanya meninggalkan kesan positif, media sosial juga boleh memberi kesan negatif kepada kita sekiranya tidak dikelola dengan baik. Terlalu bergantung kepada media sosial sepanjang masa juga mampu memberi kesan buruk kepada mental dan fizikal kita. Lebih menakutkan, ketaksuban kita terhadap dunia media sosial ini mampu mengurangkan rasa ghairah kita terhadap pasangan!

Buang masa melihat medial sosial sepanjang waktu

Pernahkah anda melihat pasangan yang duduk bersama di satu tempat tetapi mereka tidak berinteraksi dan hanya bermain telefon bimbit?

Sebuah kajian mengatakan bahawa rata-rata manusia menghabiskan waktu sekitar 135 minit setiap hari untuk berinteraksi di laman sosial. Ini bermakna anda telah membuang waktu selama 2 jam lebih hanya untuk melihat media sosial anda sedangkan waktu itu boleh digunakan untuk menjaga keintiman bersama pasangan.

Media sosial menjadikan kita seperti berada di dalam sebuah gelembung virtual dimana kita hanya berinteraksi dengan individu lain hanya menggunakan ruangan chat dan komen sahaja tanpa berhadapan antara satu sama lain. Secara tidak langsung kita telah mengurangkan kemampuan kita untuk berkomunikasi secara berhadapan dan hanya melakukan perbualan menggunakan fikiran sahaja.

Bagaimana rasa excited terhadap hubungan seks akan timbul jika anda tidak mampu meninggalkan telefon bimbit anda? Mungkin pada awalnya anda tidak sedar, namun lama-kelamaan ghairah seks akan menurun. Bahaya ni.

Menjadikan kita seorang yang suka membanding

Media sosial juga mampu meninggalkan impak yang buruk sekiranya kita suka membandingkan kisah percintaan kita dengan kisah percintaan orang lain yang kita lihat di media sosial. Padahal apa yang kita lihat itu adalah perkara yang mereka ingin pemerkan sahaja. Tidak semestinya mereka tidak mempunyai masalah di dalam perhubungan mereka.

Sebuah penelitian menunjukkan bahawa sikap suka membanding-bandingkan kehidupan kita dengan orang lain boleh menjadi penyebab depresi. Lama-kelamaan perkara ini akan membuatkan kepercayaan diri kita menjadi rendah dan akhirnya akan mempengaruhi kehidupan seks bersama pasangan.

Medium yang penuh dengan godaan!

Tidak dinafikan, media sosial sentiasa menjadi penyebab berlakunya kecurangan. Lihat sahaja kes-kes kecurangan yang sering tular ketika ini semuanya berpunca daripada komunikasi yang dijalinkan menerusi media sosial. Mengadakan komunikasi bersama bekas kekasih atau individu yang berlainan jantina di laman sosial mampu menjadi punca awal keretakan rumah tangga.

Kita tidak sedar pada awalnya kita hanya meninggalkan komen di foto atau menekan butang likes, namun lama-kelamaan jika komunikasi ini berlarutan di Direct Message atau anda tidak lepas untuk mengikuti perkembangan individu tersebut setiap hari, perkara ini mampu memusnahkan keharmonian rumah tangga anda!

Jika anda sedang mengalami perkara-perkara yang dinyatakan di atas ini, sebaiknya kurangkanlah masa anda untuk melihat media sosial. Tanpa sedar tabiat ini mampu mengurangkan ghairah seks terhadap pasangan dan apa yang lebih menakutkan, perkara ini mampu memusnahkan rumah tangga anda.

Berpada-pada lah ya.

Kredit foto: psychologytoday

Artikel Berkaitan

Klasik! Foto-Foto Pasangan Sekitar Abad Ke-18

Zaman belum ada Instagram dan beuty camera

a month ago
aisyahbadrull
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

17 days ago
umirrasahad
Cara Untuk Keluar Daripada Abusive Relationship

Kerana kasih badan binasa.

19 days ago
umirrasahad
Adakah Kita Tergolong Dalam 5 Bentuk Abusive Relationship Ini?

Sayangi diri kita sendiri dahulu.

20 days ago
umirrasahad
5 Sebab Pasangan Bercerai Atau Berpisah

Elakkan 5 perkara ini jika kita sayang si dia.<...

a month ago
umirrasahad
Daripada Mesin ATM Hinggalah Taj Mahal, Ini Kisah 3 Suami Mithali Sebagai Teladan!

Demi cinta, lautan api sanggup direnangi!

a month ago
umirrasahad