Penderaan Emosi Dalam Perhubungan
umirrasahad

SETELAH bertahun lama berumah tangga, kadangkala dalam sedar atau tidak, kita melalui penderaan emosi daripada pasangan. Tidak dinafikan ini juga berlaku dalam perhubungan pasangan kekasih.

Penderaan emosi menghancurkan harga diri dan keyakinan seseorang. Ada juga yang menganggap penderaan emosi ini lebih merosakkan berbanding penderaan fizikal kerana ia memakan diri secara perlahan-lahan dengan menghilangkan keyakinan, rasa selamat dan harga diri seseorang.

Ia berlaku apabila kita sering menerima cacian secara lisan, dibuli, dikritik secara berterusan, menerima sebarang bentuk ancaman dan dikawal daripada segi kewangan. Ia juga hadir dalam cara yang halus seperti manipulasi dan ejekan. Mangsa penderaan emosi tidak mengenal jantina, ia boleh berlaku kepada kaum wanita mahupun lelaki.

Jadi bagaimana untuk kenalpasti yang kita mengalami penderaan emosi dalam perhubungan?

1. Sering diejek



Si dia akan mentertawakan kita apabila kita tersepit dalam apa-apa situasi yang memalukan. Apabila kita menyatakan ketidakselesaan dengan ‘lawak’ yang menjadi bahan ketawanya itu, dia ejek pula anda mudah tersinggung dan terlalu sensitif.

2. Si dia overprotective



Si dia sangat overprotective sehinggakan kita tak boleh ke mana-mana bersendirian tanpa dirinya. Apabila kita keluar tanpa dia pula, dia akan sentiasa menelefon atau meminta kita menghantar ‘bukti’ apa yang sedang kita buat atau di mana lokasi kita ketika itu. Kalau kita katakan kita rimas, si dia pula akan katakan dia melakukan semua itu atas dasar ambil berat dan risau.

3. Libatkan orang lain



Si dia sering memaksa kita membuat pilihan antara dia dengan orang lain, contohnya seperti ahli keluarga atau sahabat-sahabat. Perkara ini akan berterusan dan akan sentiasa membuatkan kita rasa tersepit dan serba-salah.

4. Sentiasa buat kita rasa bersalah


Image result for boys over flowers
Kredit foto: fanpop

Umpama gunung berapi yang menunggu bila-bila masa saja akan meletus, itulah perumpamaannya hidup kita dengan pasangan sebegini. Kita kena jaga kelakuan kerana entah akan dikritik atau dimalukan oleh si dia. Selalunya kita sendiri tidak tahu kenapa kita perlu rasa bersalah begitu. Kadangkala sesuatu perkara itu memang terbukti kesalahannya tetapi si dia berjaya mengelak dan menjadikan kita mangsa keadaan.

5. Buat kita keliru



Si dia selalu membuatkan kita rasa ragu-ragu dengan fikiran logik akal kita sendiri. Sebagai contoh, kita mungkin ingat sesuatu perkara itu berlaku, tetapi si dia akan menafikan sekeras-kerasnya yang ianya tidak pernah berlaku hingga membuatkan kita rasa kurang yakin dengan perkara itu.

6. Tiada rasa empati



“Ala, lupakan jelah! Tak payah kecoh sangat!”. Ini antara ayat yang dikatakan oleh si dia tanpa rasa simpati atas sesuatu kejadian yang membuatkan kita berasa sedih atau geram. Si dia seolah-olah ingin kita lupakan perkara itu secepat mungkin tanpa memikirkan emosi kita sendiri ketika itu. Ada juga yang tiba-tiba ‘hilang’ bila sesuatu perkara berlaku kepada kita!

7. Si dia sering berfikiran negatif



Jika kita ingin berkongsi atau menceritakan kepada si dia sesuatu yang membuatkan kita gembira, si dia mesti akan bersikap endah tak endah dengan kita. Dia tidak mahu berkongsi kegembiraan yang sama. Malah dia akan berfikiran negatif dan memberi amaran kepada kita bahawa sesuatu yang buruk akan terjadi akibat daripada berita gembira itu.

8. Kita sentiasa salah



Si dia tidak akan benarkan kita menang dalam pergaduhan. Sentiasa mengatakan kita yang salah dan mencari kesalahan kita. Contohnya kalau kita dipujuk untuk berkongsi kisah silam kita, perkara itu akan digunakan di kemudian hari untuk mencari kesalahan kita sendiri atau diungkit-ungkit kembali.

9. Kawal kewangan kita

Ini adalah tindakan klasik bagi si pendera emosi.


Setiap kali hanya kita saja yang perlu kurangkan perbelanjaan, kira bajet dan tingkatkan pendapatan. Pada masa yang sama, si dia pula tidak pernah dan tidak akan berbincang dengan kita apabila berbelanja.


10. Ternanti-nanti masa untuk bersendiri



Apabila si dia memberitahu yang dia akan tiada untuk beberapa hari, kita ternanti-nanti tibanya hari tersebut! Hari di mana kita rasakan semuanya baik-baik sahaja dan rasa gembira kerana si dia tiada di sisi untuk merosakkan segalanya.

Cuba amati kehidupan kita, adakah kita tergolong dalam golongan didera emosi selama ini? Atau adakah kita yang mendera emosi pasangan kita?

Sumber & kredit foto: iluminasi.com & kpopmap

Artikel Berkaitan

Daripada Mesin ATM Hinggalah Taj Mahal, Ini Kisah 3 Suami Mithali Sebagai Teladan!

Demi cinta, lautan api sanggup direnangi!

2 months ago
umirrasahad
5 Sebab Pasangan Bercerai Atau Berpisah

Elakkan 5 perkara ini jika kita sayang si dia.<...

2 months ago
umirrasahad
Klasik! Foto-Foto Pasangan Sekitar Abad Ke-18

Zaman belum ada Instagram dan beuty camera

3 months ago
aisyahbadrull
Media Sosial Punca Hilang Ghairah Seks Suami Isteri? Ini Alasannya!

Jangan buang banyak waktu di media sosial!

...
3 months ago
aisyahbadrull
Cara Untuk Keluar Daripada Abusive Relationship

Kerana kasih badan binasa.

2 months ago
umirrasahad
Adakah Kita Tergolong Dalam 5 Bentuk Abusive Relationship Ini?

Sayangi diri kita sendiri dahulu.

2 months ago
umirrasahad