Tanda Kita Bersedia Jatuh Cinta Selepas Patah Hati
aisyahbadrull

CINTA sememangnya akan datang tanpa dijangka dan dirancang. Kadang-kadang cinta datang tanpa kita ada perancangan untuk jatuh cinta pun. Tapi ini semua bukan di bawah kuasa kita untuk mengawalnya kan?

Bagi yang pernah menghadapi fasa kesakitan dalam percintaan pasti akan rasa trauma untuk menjalinkan perhubungan yang baharu. Bukan mudah untuk meletakkan kepercayaan semula dalam hubungan baharu. Kenangan masa lalu pasti akan terus menghantui kita.

Jadi tahu tak apa tanda-tandanya kita dah bersedia untuk jatuh cinta?

Yakin dan percaya dengan keadaan

Kredit foto: elitedaily

Saat anda sedang mengenali seseorang dan berasa selesa dengan dirinya, itu merupakan salah-satu tanda awal anda bersedia untuk menjalinkan perhubungan semula selepas patah hati. Anda akan perlahan-lahan meletakkan semula rasa percaya kepada seseorang yang anda sedang kenal pada ketika itu.

Sebenarnya ini perkara yang paling sukar untuk dilakukan apabila kita pernah dikhianati sebelum ini. Mungkin keperibadian si dia membuat kita rasa dihargai semula. Jika anda sudah rasa selesa dan bahagia bersama seseorang, itu merupakan tanda-tanda anda sudah bersedia untuk jatuh cinta semula!

Bersedia menghadapi apa-apa kemungkinan


Kredit foto: Elle

Jika kita mula rasa bersedia untuk menghadapi apa-apa risiko sama ada baik ataupun sebaliknya dalam perhubungan yang baharu, itu tandanya kita sudah bersedia untuk jatuh cinta. Mungkin pengalaman yang lepas banyak mengajar bahawa cinta tidak semestinya berakhir dengan kebahagiaan tetapi ada masanya cinta juga boleh mengecewakan.

Mungkin pada fasa ini anda dah boleh faham untuk menjalinkan sebuah hubungan, anda perlu menerima kebaikan dan keburukan pasangan seadanya tanpa perlu mempersoalkan apa-apa sehingga boleh menimbulkan pergaduhan.

Bersedia untuk berkomitmen

Kredit foto: Forbes

Komitmen dalam sebuah perhubungan merupakan satu perkara yang penting. Jika kita sudah bersedia untuk memberi komitmen dalam perhubungan, itu tandanya kita sudah bersedia. Bukan senang nak beri komitmen dalam hubungan sebab hidup kita tidak hanya tertumpu kepada hubungan semata.

Ini merupakan beberapa tanda jika kita sudah bersedia untuk jatuh cinta semula selepas episod patah hati yang berlaku sebelum ini. Selain daripada tanda-tanda di atas, kita sudah dianggap bersedia untuk menjalinkan cinta apabila kita tidak membanding-bandingkan pasangan kita dengan bekas kekasih dan kita sanggup untuk menjadi seorang yang jujur kepadanya.

Bila kita dah boleh berfikir rasional seperti ini, barulah kita mampu menikmati keindahan cinta kan?

Kredit foto: Elle

Artikel Berkaitan

Langkah Terbaik Hentikan Pertengkaran Dengan Pasangan

Jangan marah lama-lama ye.

a month ago
aisyahbadrull
Hubungan Toksik: Bertahan Atau Lepaskan Sahaja?

Mampu ke bertahan?

23 days ago
aisyahbadrull
Hindari 5 Kesalahan Ini Ketika First Date!

Hindari kesalahan-kesalahan ini jika mahu first...

19 days ago
aisyahbadrull
Kiraan Baki Talak Bagi Pasangan Yang Cerai Rujuk Semula

Jangan diikutkan perasaan, kelak merana badan.<...

25 days ago
umirrasahad
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

12 days ago
aisyahbadrull