Tip Menghadapi Pasangan Yang Sibuk Bekerja
aisyahbadrull

SEBUAH perhubungan tidak hanya terjalin ketika kita sedang bahagia sahaja. Banyak situasi yang perlu kita hadapi bersama pasangan untuk menjadikan kita lebih kuat dan dewasa. Antaranya adalah ketika pasangan kita sibuk bekerja dan kurang meluangkan masa bersama kita. Jadi, apa yang perlu kita lakukan ketika pasangan kita sibuk bekerja?

Sibukkan diri

aceshowbiz.com

Tidak perlu overthink ketika pasangan sedang sibuk bekerja. Daripada memikirkan perkara yang belum pasti berlaku, apa kata anda sibukkan diri dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang anda gemari. Jika anda mempunyai masa lapang, penuhi hari anda dengan berkumpul bersama rakan-rakan, menulis blog dan sebagainya. Jangan jadikan situasi ini sebagai satu perkara yang negatif okay?

Berfikiran positif

kredit foto: aceshowbiz.com

Jangan banyak terpengaruh dengan kisah-kisah rumah tangga yang dipaparkan dalam drama televisyen. Tanamkan di dalam fikiran anda bahawa pasangan anda bekerja demi kesejahteraan perhubungan kalian. Siapa tahu si dia bekerja keras demi untuk memenuhi kehendak dan keperluan anda sebagai pasangannya? Sweet nya!

Jangan putus berkomunikasi

Kredit foto: imdb

Mempunyai pasangan yang sibuk bekerja tidak bermakna anda tidak perlu berkomunikasi. Walaupun masa untuk berjumpa sangat terhad, jangan pernah putus untuk berkomunikasi dengan si dia. Sentiasalah mengirim pesanan ringkas atau melakukan panggilan video supaya anda dan si dia tidak merasa renggang. Manfaatkan kecanggihan teknologi untuk berkomunikasi bersama si dia.

Jangan malu untuk mencari si dia

Kredit foto: splicedpersonality.com

Sifat malu sememangnya sudah menjadi fitrah bagi kaum wanita. Kita pasti rasa ingin dicari oleh pasangan kita. Namun, tidak ada salahnya jika anda yang memulakan langkah untuk “mencari” si dia. Daripada memendam rasa dan menunggu khabar dari si dia yang sedang sibuk, apa kata anda yang memulakan perbualan dengan mengingatkan si dia supaya makan dan menjaga dirinya. Pasti si dia akan merasa disayangi dan bahagia!

Mempunyai pasangan yang sentiasa sibuk dengan kerjaya sememangnya menguji kekuatan perhubungan. Namun jangan risau, jika anda tetap setia mendampingi dan menyokong si dia, pasti anda dan si dia akan kuat menghadapi ujian-ujian yang mendatang. Apa yang penting, anda dan pasangan perlu saling mempercayai antara satu sama lain.

Kredit foto: imdb

Artikel Berkaitan

Rezeki Anak! Hafiz Suip Rangkul 2 Anugerah Persembahan & Vokal Terbaik DI #AJL34

‘Kan kucerita pada semua
Kisah cint...

13 days ago
umirrasahad
Penderaan Emosi Dalam Perhubungan

Adakah kita yang didera emosi, atau kita yang m...

17 days ago
umirrasahad
Cinta Lokasi: Ini 5 Fakta Hubungan Zendaya Dan Jacob Elordi

Sweet betul mereka!

16 days ago
aisyahbadrull
Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!

Bukan Tokyo saja yang menarik di Jepun ok!

11 days ago
umirrasahad
Suka Pakai Baju Pasangan, Betul Ke Mampu Beri Kesan Positif Pada Diri Sendiri ?

Salah-satu pengubat rasa rindu!

12 days ago
aisyahbadrull
10 Pasangan Romantis Di Acara Karpet Merah Oscar 2020

Serasi berdua!

12 days ago
aisyahbadrull