Tohoku: Pengalaman Percutian Luar Biasa Di Jepun!
umirrasahad

SETELAH dikhabarkan sebagai destinasi percutian pilihan bagi tahun 2020 di pelbagai  media antaranya Lonely Planet, daerah Tohoku di Jepun semakin mendapat perhatian ramai sebagai destinasi percutian terbaharu yang wajib dikunjungi.



Keistimewaan Tohoku bukan hanya pada pemandangan indahnya, makanan ataupun tradisinya, tetapi juga pada komunitinya.



Selepas kejadian tsunami pada tahun 2011, penduduk Tohoku cuba memulihkan kembali kerosakan akibat bencana itu dan membangunkan semula daerah itu untuk menarik lebih ramai pelancong. Semangat kemuafakatan ini terserlah apabila kawasan pesisiran pantai Sanriku yang terjejas teruk akibat tsunami kini menjadi simbol keindahan Tohoku selepas dibaikpulih.

Ramai orang yang berkunjung ke Tohoku mengatakan komuniti di sana lebih mesra berbanding di bandar-bandar besar lain, mungkin kerana faktor persekitarannya yang lebih tenang dan mendamaikan. Ataupun mungkin kerana kemesraan dan sifat baik hati itu lahir daripada kepayahan yang mereka terpaksa lalui dahulu.


Walaupun bandar-bandar besar seperti Tokyo dan Kyoto mendedahkan kepada anda akan kehidupan di bandaraya yang sibuk dan maju, Tohoku pula memberikan pengalaman kehidupan di Jepun yang lebih asli atau tradisional.

Tak kira sama ada anda memilih untuk berkunjung ke festival musim panas yang disenggarakan oleh komuniti berkumpulan kecil, ataupun menerokai kawasan pedalaman untuk melihat kerja-kerja pembuatan kraf dan pertanian tradisional, semuanya menjanjikan pengalaman indah yang takkan dilupakan di Tohoku.



Untuk merasai pengalaman yang lebih tradisional di Jepun, layari www.ippinmura.jp/en atau ikuti IPPINMURA di Facebook!